SEJARAH
Sejarah penubuhan tadika ini ialah, bermula dengan pengambilan tahun pertama iaitu pada 01 Januari 2015 adalah seramai 8 orang yang terdiri seawal usia 4 tahun sehingga 6 tahun. Sehingga penghujung tahun 2018 jumlah murid Tadika Prima Genius telah pun mencecah seramai 90 orang. Peningkatan drastik ini adalah kerana sokongan dan kepercayaan ibu bapa terhadap prestasi murid-murid yang mengikuti sesi persekolahan di Tadika Prima Genius sebelum itu. Pelbagai usaha akan terus dilaksanakan bagi meningkatkan kualitidan prestasi perkhidmatan pendididkan prasekolah di Tadika Prima Genuis pada tahun-tahun akan datang.
LATAR BELAKANG
Tadika Prima Genius telah ditubuhkan pada 01 Januari 2015 oleh Puan Norzalieza Bt Musa, Puan Habiba Bt Mohamed dan Puan Nor Azima Bt Wahab yang juga merupakan pengusaha di tadika ini.Tadika ini terletak di Kuantan Pahang beralamat A69, Lorong 15/19, Bandar Indera Mahkota 15, 25200 Kuantan, Pahang. Kedudukan tadika ini berada di kawasan deretan bangunan kedai menjadikan tadika ini terkenal di kawasan tersebut.
Tadika ini dimiliki oleh Prima Solution PLT. Terdapat 3 orang guru yang menjadi tenaga pengajar di tadika ini dan dibantu oleh seorang pembantu guru. Kesemua guru di tadika ini mempunyai sekurang-kurangnya 2 tahun pengalaman dan pengetahuan dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak dan mempunyai sijil KSPK (Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan).
Tadika beroperasi bermula pada 7.30 pagi - 12.30 tengahari untuk waktu belajar dan 12.30 tengahari sehingga 5.00 petang untuk waktu transit. Tadika ini merupakan yang mengamalkan sistem pendidikan yang terkini bagi kanak-kanak yang berumur 4 hingga 6 tahun. Tadika ini berkonsepkan penerapan nilai-nilai murnu berpanduka kurikulum prasekolah iaitu belajar sambil bermain yang bertujuan untuk melahirkan insan yang seimbang, kreatif dan berakhlak. sesungguhnya anak yang seimbang melahirkan generasi yang cemerlang.
Pelbagai aktiviti yang diterapkan tidak kira sama ada berbentuk ilmiah, kesenian, kecerdasan dan sebagainya atas tujuan melahirkan jiwa-jiwa yang kental dan bersemangat serta berpengetahuan luas. Sejajar dengan itu harapan agar anak-anakyang terdidik di Tadika Prima Genius ini berjaya menjadi manusia yang cemerlang serta mampu menjadi anak yang bermanfaat kepada dirinya sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan juga negara.
Tadika Prima Genius Indera Mahkota

No comments:
Post a Comment